Aktiviti 1 (Kenali Diri Anda)
Diminta untuk menuliskan biodata pada sehelai kertas, maklumat tersebut adalah seperti nama, matrix no., kursus, status, tarikh lahir, universiti semasa degree, apakah tugas seorang guru. setelah itu kami diminta melukis gambar pokok dan tandatangan pada ruang yang kosong.
Aktiviti 2 (Refleksi Seminar Serantau)
Kami diminta untuk mengulas kembali mana-mana kertas pembentangan yang bersifat kajian tindakan dan diminta menerangkan kajian tersebut berdasarkan persoalan Apa, Kenapa, Bagaimana dan prosedur kajian tersebut dijalankan. Aktiviti dijalankan secara berpasangan.
Tajuk Kertas pembentangan: Penerapan Model Pembelajaran Inkuiri Tidak Terbimbing terhadap Peningkatan Aktivitas Siswa SMA Negeri 5 Pekan Baru
Oleh : Asnitawati (Guru Biologi SMA Negeri 5, Pekanbaru)
Apa?
- Kajian beliau adalah untuk mengatasi kebosanan pelajar dalam pembelajaran dengan menerapkan pendekatan model pembelajaran inkuiri terbimbing (Free Inqury) untuk mempertingkatkan aktivti atau minat para pelajar.
Kenapa?
- Ini kerana, di negara beliau (Indonesia), lembaran kerja siswa atau modul pengajaran adalah sama dan tidak berubah setelah sekian lama dan para pelajar hanya menunggu arahan daripada guru untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Ini menyebabkan para pelajar bersikap pasif, tidak kreatif serta mereka berasa cepat bosan pada pengajaran yang sama.
- Penyelidik memberi contoh tentang praktikum percambahan tumbuhan yang menggunakan biji kacang hijau. Sejak sekolah dasar siswa lagi pelajar sudah didedahkan tentang konsep percambahan tumbuhan dan apabila memasuki peringkat menengah atas, topik ini masih diajar dan teknik yang sama juga iaitu biji kacang hijau digunakan untuk praktikum ini. Oleh itu penyelidik merasakan pemahaman pelajar tentang topik tersebut tidak berkembang dan pelajar tidak akan menjadi kreatif jika terus mengikuti lembaran kerja siswa tersebut.
- Oleh itu, penyelidik membuat kajian untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menerapkan konsep inkuiri tidak terbimbing dalam kajian beliau.
Bagaimana?
- Kajian ini dilakukan dengan objektif membangkitkan minat pelajar dan mempertingkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran dengan menerapkan konsep pembelajaran inkuiri tidak terbimbing "free inquiry".
- Kajian ini dilakukan pada pelajar sekolah menegah atas dalam subjek biologi.
Prosedur kajian:
- Pertamanya, pelajar dibenarkan memilih tajuk penyelidikan dan segala perancangan dalam menyiapkan penyelidikan tersebut adlah atas pandangan dan idea-idea pelajar itu sendiri.
- Pelajar akan mempertingkatkan pengetahuan dengan membaca bahan rujukan lain dan melalui inisiatif perbincangan sesama ahli kumpulan dan soal jawab kepada guru maka pemahaman pelajar tentang konsep sesuatu pelajaran itu dapat diingati lebih lama lagi.
- Pengumpulan data penyelidik adalah melalui pemerhatian, sesi temuduga dan ujian penilaian.
- Secara amnya, kajian ini dilakukan sebanyak dua kali cycles. Penambahbaikkan juga dilakukan sebelum memasuki cycle yang kedua.
- Pada akhir Kajian, didapati melalui penerapan modul pembelajaran inkuri tidak terbimbing dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah dan secara tidak langsung mempertingkatkan minat serta pencapaian pelajar dalam subjek yang tersebut.
- Melalui pembelajaran inkuri tidak terbimbing, pelajar dapat mengemukan idea-idea mereka sendiri dan akhirnya menjana kreativiti pelajar itu sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. selain itu, melalui konsep ini juga, pelajar dapat lebih memahami pelajaran yang dipelajari dan dapat mengingatnya lebih lama.
Ahli Kumpulan:
- Noor Asmah Bt Buang (P48605)
- Hazwin Dalila Bt Haris (P48603)
Aktiviti 3
Kami diminta membuat kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelajar yang berlainan kursus dan jantina. Kami diminta berbincang dalam kumpulan untuk membuat kertas cadangan kajian tindakan di sekolah.
Tajuk Kajian yang dipilih ialah :
Meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu berdasarkan pertandingan puisi melalui aktiviti mencari harta karun.
Ahli Kumpulan:
NOOR ASMAH BUANG P48605
HAZWIN DALILA HARIS P48603
ZAHWATI SEMAN P48683
SITI HALIMAH HASIM P43635
MOHD HAFIZ HASSAN P48678
***Lecture given by : Hajah Halimah Harun
No comments:
Post a Comment