- Tujuan perubahan
- Unit perubahan
- Sifat perubahan
- Magnitud perubahan
- Skop perubahan
- Jangkamasa perubahan
Selain itu itu, terdapat pelbagai model-model perubahan, antara model yang mendapat perhatian saya ialah model "Apple Classroom of Tomorrow" (ACOT). Model ini ialah mengenai kajian penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. terdapat Lima langkah perubahan secara beransur-ansur iaitu:
- Kemasukan (entry)
- Memilih (Adoption)
- Menyesuaikan (Adaptation)
- Penggunaan (Appropriation)
- Merekacipta (Invention)
Secara kesimpulannya, perubahan itu adalah multidimensi. Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan memerlukan penglibatan pelbagai pertimbangan.
Dari segi kajian tindakan, perubahan adalah kata kunci bagi setiap penyelidikan kajian tindakan dalam pendidikan. Secara amnya, setiap kertas kerja kajian penyelidikan yang dibentangkan adalah untuk membawa PERUBAHAN positif dalam meningkatkan sistem pendidikan sedia ada.
No comments:
Post a Comment