01 June, 2009

Lecture: Perbincangan dan Pembentangan Kertas Cadangan

Kelas pada minggu ini adalah perbincangan dan pembentangan kertas cadangan yang telah dihantar pada hari khamis (28th May 2009). Beberapa kumpulan telah dipanggil kehadapan dan diminta membentangkan kertas cadangan kajian tindakan masing-masing. setelah dibentangkan, sesi soal jawab dijalankan untuk menambahbaik kertas cadangan tersebut. Puan Hajah Halimah juga memberi pendapat beliau untuk penambahbaikan kajian tindakan tersebut. kumpulan kami telah diminta membuat pembentangan. Tajuk kertas cadangan kami mendapat sokongan dan pujian daripada Hajah Halimah :) . Walaubagaimanapun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti perancangan masa kajian dan instrumen pengumpulan data. Secara amnya, semua kumpulan perlu membuat penambahbaikan terhadap kertas cadangan masing-masing dengan menceritakan secara terperinci perlaksanaan kajian, instrumen pengumpulan data dan lain-lain yang berkaitan.
Pada akhir kelas, kami diminta membuat refleksi 'luahan hati' tentang kajian tindakan pada sehelai kertas dan dihantar. Sesi luahan hati ini adalah berdasarkan sejauh mana kefahaman kami terhadap kajian tindakan. Kelas bersurai....
***Lecture given by : Hajah Halimah Harun

No comments: