01 June, 2009

Lecture : Pengumpulan Data (Pn Sakinah)

Pengenalan
  • pelbagai teknik yang baik tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian. Oleh itu setiap kajian perlu dilakukan dengan sempurna.

Tiga (3) sebab perlu mencapai kualiti Tinggi:

  1. Tanggungjawab kepada pelajar dan sikap jujur
  2. Keperluan kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat dengan melakukan penyelidikan tindakan.

Kriteria Kualiti

  • Serupa dengan kriteria jenis-jenis penyelidikan yang lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti adalah
  1. Kesahan
  2. Kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep tersebut ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.

Kesahan:

  • Merujuk kepada kebenaran data. Dengan cara mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Kebolehpercayaan:

  • Berkaitan dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehkepercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data yang diambil dari sampel yang terlalu kecil.
  • Sehubungan dengan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:
  1. Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
  2. Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 tahap pelan tindakan:

  1. Tahap 1: Mengenalpasti masalah
  2. Tahap 2: Perancangan tindakan
  3. Tahap 3: PENGUMPULAN DATA
  4. Tahap 4: Analisis data
  5. Tahap 5: Perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul Data

  • Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
  • Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat Pengumpulan Data

  • Pemerhatian (video tape)
  • Nota guru dan komen
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  • Jurnal pelajar
  • Ujian
  • Tinjauan soal selidik
  • Temuduga (audio tape)

Tugasan

Kemaskini kertas cadangan yang telah dibuat sebelum ini , khususnya pada bahagian pengumpulan data dimana perlu menyenaraikan dengan tepat bahan yang sesuai untuk kajian yang akan dijalankan.

*** Lecture given by: Puan Nor Sakinah Mohamad

No comments: