01 July, 2009

Lecture : Analisis Data


*Analisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan.
*Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.
*Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan dan buat anggaran.

Langkah Analisis Data Kualitatif:

Langkah Pertama;
- tengok secara lalu maklum balas, ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar dan cari item yang berulang atau penting.

Langkah Kedua :
- pilih 3 atau 4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
- cuba buat carta buku berkaitan dengan tema utama
- tempatkan tema diatas dan senaraikan pelajar ditepinya menggunakan kod wrna yang berbeza

Langkah Ketiga :
- Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain.
- Baca tinjauan (soal selidik), highlight katakunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang telah dikenalpasti.
- seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina

Langkah Empat:
- Tanya(apa yang telah saya dapat)
- Rekod pemerhatian bawah matriks
- sokongan bacaan jurnal

Langkah Kelima:
- Apa kesimpulan yang boleh kita buat
- Rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

Langkah Keenam:
- Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- semak semua persoalan kajian
- jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
- Fikirkan apakah maklumat yang masih diperlukan atas pelajar, kaedah dan maklumat latar belakang kajian ini.


Kegunaan Data dalam Plan-Do-Study-Act and Cycle.

* Plan
- nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis dan kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

* Do
- kumpul data
- buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

* Study
- analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

* Act
- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan

Proses Analisis Data:

- analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
- cari tema dan pola
- ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
- bina subtema jika perlu
- simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
- semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
- kenalpasti point utama
- cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

***Lecture Given by: Pn Sakinah

No comments: